Wednesday, February 18, 2009

read this

Jangan selesaikan masalah dengan wujudkan masalah lain! kita sepatutnya berpegang pada pendirian itu apabila berdepan sesuatu musibah kerana ia mampu mengarah kepada tindakan wajar dan patut diambil seterusnya.

Malah, musibah dalam kehidupan bukan bermakna pengakhir kepada semua perkara, sebaliknya satu proses yang mematangkan diri dan bagi umat Islam pula ia adalah ujian Allah s.w.t bertujuan menguji sejauh mana ketakwaan seseorang.

Perunding Motivasi, Prof Madya Md Izuddin Ali, berkata tindakan mengakhiri masalah dengan menyeksa diri bukan langkah bijak kerana terdapat penyelesaian lain yang dapat menolong ringankan beban termasuk berbincang.

“Seteruk mana masalah kita atau sebeban mana tekanan yang perlu dipikul, janganlah pendekkan langkah dengan menyeksa diri kerana masih ada ruang untuk menyelesaikannya terutama menerusi perbincangan dan nasihat daripada orang berpengalaman.

“Lagi pula dengan meluahkan masalah kepada insan terdekat yang boleh mendengar, sebenarnya boleh menyelesaikan separuh daripada masalah sekali gus mengelak tekanan yang membungkam perasaan, berbanding jika kita pendam.

“Kalau orang yang suka pendam rasa ini yang membuatkan diri mereka hilang kawalan dan tidak mampu berfikir dengan waras selain mendorong melakukan perbuatan terlarang,” katanya.

Sementara itu, Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Mohd Zawawi Yusoh, berkata cinta sesama manusia yang berlandaskan nafsu dan bukan kerana Allah s.w.t yang mendorong umat Islam gagal menerima kekecewaan.

Katanya, jika seseorang mengutamakan cinta terhadap Allah s.w.t berbanding cintanya kepada manusia, maka dia akan pasrah terhadap sebarang kepincangan dalam perhubungan malah, menganggapnya ketentuan yang juga qada dan qadar Tuhan.

No comments:

Post a Comment